Les Coasters
Les Coasters

Les Coasters

Les Coasters merupakan sebuah kugiran yang aktif pada era 1960-an. Ia pernah merakamkan lagu pada piring hitam dengan penyanyi utamanya M. Fadhil dan Orked Abdullah, dan A. Ismail.Les Coasters telah ditubuhkan dalam tahun 1963 di Pontian, Johor. Mereka terdiri daripada Abd. Mutalib Mansor (gitar utama), Jamaluddin Ibrahim (gitar irama), Bakri Sahid (gitar bes), Hussin Salleh (dram) dan Ismail Yusoff - (tamburin). S. Omar Osman - pemain organ menyertai pada tahun 1965. Les Coasters telah berjaya membuat beberapa rakaman piring hitam EP dengan syarikat EMI Singapura bersama penyanyi2 M Fadhil, Orked Abdullah dan A. Ismail. Les Coasters juga telah berjaya dipilih oleh MFP Studios Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1967 untuk muncul dalam filem A Go-Go 67. Kugira ini merupakan satu-satunya kugiran luar dari Singapura yang berjaya terpilih.Kugiran Les Coasters telah berpecah pada tahun 1969. Walaupun ada usaha-usaha untuk menyatukannya semula, tapi semuanya gagal kerana pendirian yang berbeza-beza diantara bekas-bekas pemain muziknya.